Wednesday, 3 June 2015

Jurnal Sastera

Ulasan Jurnal Sastera

Tajuk: Estetika di Sebalik Tabir Teori Sastera Melayu Islam

Pengenalan

Kajian ini meninjau peranan teori sastera dan sumbangannya dalam aspek kebahasaan. Bahan-bahan rujukan diasaskan kepada pembacaan buku-buku yang terkenal dalam bidang ini di samping pengalaman peribadi penulis sendiri. Penekanan diberikan terhadap estetika Islam supaya dapat ditunjukkan dasardasar penting keindahannya. Di samping itu, makalah ini berusaha memperlihatkan perubahan yang berlaku terhadap penteorian persuratan baik yang moden mahupun pascamoden serta kesannya ke atas bahasa dan kekuasaannya. Aspek estetik atau keindahan merupakan wacana dasar dalam dunia kesusasteraan. Sejak zaman berzaman aspek estetik menjadi pesona dan magis kepada khalayak sastera. Apabila menyebut keindahan, rujukan akan banyak tertumpu kepada bahasa. Dalam konteks ini tulisan ini akan cuba membahaskan beberapa teori sastera yang berhubungan dengan estetika bahasa. Bermula dengan teori formalisme Rusia, ke Jurnal Melayu (4) 2009: 11-28 12 pascastrukturalisme ke teori tempatan seperti puitika sastera Melayu dan teori sastera pengabdian, taabudiyyah. Islam mempunyai estetikanya sendiri yang dibina bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Tujuan utama tulisan ini untuk memperlihatkan peranan teori sastera dan sumbangannya dalam aspek kebahasaan. Penekanan diberikan kepada estetika Islam, supaya dapat ditunjukkan dasar-dasar penting keindahannya. Di samping itu untuk melihat perubahan yang berlaku terhadap penteorian persuratan sama ada yang moden atau pascamoden dan kesannya kepada bahasa dan kekuasaannya. 

Objektif Kajian 

Antara objektif yang cuba dicapai oleh pengkaji ialah:

 a) Untuk melihat perubahan yang berlaku terhadap penteorian persuratan sama ada yang moden atau       pascamoden dan kesannya kepada bahasa dan kekuasaannya. 
b) Mengenal pasti konsep estetika dalam Sastera Melayu Islam
c) Mengkaji jenis-jenis estetika dalam sastera.

Hasil Kajian

Hasil kajian mendapati konsep estetika ialah  yang menilai teks sastera dengan merujuk kepada aspek keindahan dan kekuatannya. Estetik ialah rasa keindahan, keseronokan, kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang mempesonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat menawan perasaan dan terpahat dalam pemikiran. Dalam seni sastera, apabila kita berbicara tentang keindahan, ia akan selalu merujuk kepada keindahan yang berkait rapat dengan kesan daripada bahasa yang digunakan pengarang. Cara pengarang mencerna, mengadun dan mengolahkan karyanya juga yang menserlahkan rasa keindahan. Dapat ditegaskan keindahan ialah daya tarikan dan kepuasan dalam penikmatan karya sastera terhadap aspek susunan unsur struktur yang harmonis yang memiliki perasaan, pemikiran dan sebagainya. Setiap komposisi karya memiliki keindahannya tersendiri. Khalayak akan membina pula sikap estetiknya bagi menerima teks-teks tersebut. Keindahan yang lebih agung lagi ialah yang membawa manusia mencapai kebaikan, mengagungkan Allah Azza Wajalla.

Hasil kajian juga mendapati terdapat beberapa konsep atau nilai estetika yang digunakan dalam sastera islam iaitu  estetik moden, estetika Bahasa Pascastrukturalisme, estetika dalam Teori Tempatan, estetika reka bentuk,


Kesimpulan

Estetik dalam dunia sastera dapat dihujah dan dibuktikan menjadi teras kepada penciptaan karya sastera. Dalam beberapa teori sastera Barat, seperti formalisme, struktur dan pascastrukturalisme menunjukkan estetika menunjang aspek bahasanya. Dalam teori tempatan seperti puitika sastera Melayu mempunyai wacana estetik bahasanya, yang selari 27 dengan budaya dan falsafah Melayu. Begitu juga Islam mempunyai konsep dan prinsip keindahannya yang tersendiri, yang disumberkan daripada al-Quran dan al-Hadis, yang dapat dilihat dalam konteks bahasa dan penstrukturannya. Analisis ini juga cuba menunjukkan dasar dan kekuatan penghayatan estetika Islam yang paksinya bersumberkan estetika alQuran dan al-Hadis itu. Di samping itu kita dapat juga melakukan muqaranah atau perbandingan dengan mensejajarkan estetika Islam dengan teori-teori yang lainnya, terutamanya teori Barat. Pengetahuan ini akan membolehkan seseorang itu menerapkan teori sastera Islam terhadap teks-teks sastera dan menanamkan perasaan cinta terhadap kesenian dan kebudayaan Islam.





No comments:

Post a Comment