Wednesday, 3 June 2015

Jurnal Komunikasi

Ulasan Jurnal Komunikasi

Tajuk; KESAN DRAMA HIBUR-DIDIK DANDOKUMENTARI DALAM MEMPENGARUHI NIAT UNTUK MENDERMA ORGAN: SATU EKSPERIMEN BERTERASKAN MODEL ELABORATION LIKELIHOOD




        Pengenalan


Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan drama hibur-didik dan dokumentari dalam mempengaruhi niat penonton untuk menderma organ dengan menilai proses pemujukan yang berlaku. Model Elaboration Likelihood yang dibangunkan oleh Petty dan Cacioppo (1986) digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen berbentuk pra, pasca dan susulan (selepas satu bulan). Seramai 164 orang peserta terlibat dalam kajian ini dan mereka dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menonton video berbentuk hibur didik dan kumpulan yang menonton video berbentuk dokumentari. Analisis statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah Kolerasi Pearson r, Partial Correlation, Multiple Regression dan One Way Repeated Measure ANOVA diikuti dengan Ujian Post-Hoc. Hasil kajian menyokong Model Elaboration Likelihood di mana proses pemujukan dalam kumpulan hibur didik adalah berbentuk peripheral (tidak dipengaruhi oleh faktor perantara iaitu pertikaian dan tindak balas) manakala proses pemujukan dalam kumpulan dokumentari adalah berbentuk central (dipengaruhi oleh faktor perantara iaitu pertikaian dan tindak balas). Kajian juga menunjukkan bahawa kumpulan dokumentari lebih terdorong untuk menderma organ berbanding kumpulan hibur didik. Ini secara tidak langsung menyangkal keberkesanan program hibur-didik dalam proses pemujukan.

Objektif Kajian

a) Mengkaji hubungan di antara faktor-faktor proses pemujukan di dalam kumpulan               Hibur Didik dan Dokumentari
b) Nilai Min bagi niat atau keinginan untuk menderma organ mengikut masa bagi                 kumpulan hibur didik

Hasil Kajian

Hasil kajian menyokong Model Elaboration Likelihood di mana proses pemujukan dalam kumpulan hibur didik adalah berbentuk peripheral (tidak dipengaruhi oleh faktor perantara iaitu pertikaian dan tindak balas) manakala proses pemujukan dalam kumpulan dokumentari adalah berbentuk central (dipengaruhi oleh faktor perantara iaitu pertikaian dan tindak balas). Kajian juga menunjukkan bahawa kumpulan dokumentari lebih terdorong untuk menderma organ berbanding kumpulan hibur didik. Ini secara tidak langsung menyangkal keberkesanan program hibur-didik dalam proses pemujukan.


Kesimpulan

Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan dokumentari didapati mencatat keputusan yang lebih baik dalam membentuk perubahan niat untuk menderma organ. Bagaimanapun, dapatan kajian ini berbeza dengan kajian yang dilakukan oleh Moyer-Guse dan Nabi (2010), di mana mereka mendapati kumpulan hibur didik lebih baik dan berkesan dalam mempengaruhi niat penonton untuk mengubah tingkah laku.

Hasil kajian juga membuktikan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan dalam proses pemujukan antara drama hibur didik dan dokumentari. Dari segi persamaan, didapati kedua-dua pemboleh ubah bebas iaitu penghayatan dan pengenalpastian mempengaruhi tahap tindak balas dan pertikaian dalam keduadua kumpulan ini. Persamaan ini menunjukkan semakin mendalam penghayatan dan pengenalpastian watak, semakin rendah tahap tindakbalas kognitif dan pertikaian mesej yang berlaku dalam kalangan peserta kedua-dua kumpulan. 

     

No comments:

Post a Comment